"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Zuraida mohon maaf kepada Saifuddin Nasution

Malaysiakini

Bekas menteri perumahan dan kerajaan tempatan Zuraida Kamaruddin telah memohon maaf kepada Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution sebagai sebahagian daripada penyelesaian kes saman fitnahnya.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur merekodkan penyelesaian itu semasa prosiding mahkamah terbuka pagi ini.

Pada 2020, Saifuddin yang juga adalah setiausaha agung PKR memfailkan tindakan sivil terhadap bekas naib presiden parti itu berhubung dakwaan yang dikaitkan dengan kerajaan Kelantan dan Tabung Amanah Tok Kenali.

Ketika dihubungi pagi ini, peguam Saifuddin Navpreet Singh mengesahkan bahawa sebahagian daripada penyelesaian itu termasuk permohonan maafnya serta menarik balik kenyataannya.

Tiada ulasan: