"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ahli parlimen Pas pula sokong Anwar?

K PRAGALATH

Selepas empat ahli parlimen Bersatu bertindak menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini tiba pula giliran ahli parlimen Pas berbuat demikian.

Menurut khabar angin yang kencang kedengaran, ahli parlimen tersebut dilihat kerap memasuki bilik ahli parlimen blok kerajaan ketika sidang Dewan Rakyat.

Jika beliau mengisytiharkan sokongannya, maka beliau akan menjadi ahli parlimen Pas pertama yang berbuat demikian dan yang kelima yang menyatakan sokongannya.

Pas dan Bersatu merupakan parti komponen Perikatan Nasional.

Empat ahli Bersatu yang telah pun menyokong Anwar ialah Zahari Kechik (PN-Jeli), Azizi Abu Naim (PN-Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (PN-Labuan).

Kaedah yang digunakannya tidak akan berbeza dengan empat ahli Bersatu tersebut.

Cuma ada satu persoalan yang membezakan Pas dan Bersatu.

Adakah Pas akan memecat ahlinya dan menyebabkan berlakunya satu lagi pilihan raya kecil?

Tiada ulasan: