"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Penganggur serah diri lepas enam kali tikam isteri sampai parah

ROHANA MOHD. NAWI
Dua anak mangsa menunjukkan lokasi bapa tiri mereka bersembunyi di bawah rumah selepas menikam seorang jururawat di Kampung Padang Lepai, Kadok dekat Kota Bharu kelmarin
KOTA BHARU – Seorang penganggur menyerah diri kepada polis selepas dipercayai menikam isterinya sebanyak enam kali menggunakan sebilah pisau pada anggota badan wanita itu di rumah mereka di Kampung Padang Lepai, Kadok di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, mangsa yang merupakan seorang jururawat berusia 44 tahun mengalami kecederaan parah pada bahagian badan dan leher.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Azmir Damiri berkata, suspek yang berusia 47 tahun ditahan apabila menyerah diri kepada pihak polis selepas kejadian itu.

Katanya, polis turut merampas sebilah pisau daripada suspek yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

“Siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti motif kejadian tersebut. Suspek kini direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd. Azmir memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata berbahaya. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: