"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Polis kesan lelaki ceroboh, tuang cecair busuk dalam masjid

Siti Rohana Idris
am@hmetro.com.my
Pintu kaca Masjid Al-Aziz Al-Hadi, Kota SPP Warisan di Tumpat yang dipecahkan suspek, manakala cecair busuk dituang pada karpet di ruang solat. FOTO IHSAN PEMBACA.
Pintu kaca Masjid Al-Aziz Al-Hadi, Kota SPP Warisan di Tumpat yang dipecahkan suspek, manakala cecair busuk dituang pada karpet di ruang solat. FOTO IHSAN PEMBACA.
Tumpat: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki melakukan perbuatan khianat dalam sebuah masjid di Kampung Berangan di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 6.35 pagi.

"Maklumat yang diterima daripada orang awam berhubung satu kejadian khianat di Masjid Al-Aziz Al-Hadi, Kota SPP Warisan.

"Pemeriksaan awal mendapati pintu kaca masjid dipecahkan dan terdapat cecair berwarna coklat kehijauan serta berbau kurang menyenangkan dituang pada karpet di ruang solat.

"Semakan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut mendapati seorang lelaki dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian itu," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mohd Khairi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 427 KK, manakala siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti suspek, motif kejadian serta jumlah kerosakan atau kerugian yang dialami.

Tiada ulasan: