"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Suami dera anak 11 bulan sampai mati, cemburu isteri ‘chat’ lelaki lain

KOSMO!
SUSPEK telah ditahan oleh pihak polis kerana mendera anak kandung sendiri. - Dok Istimewa
JAKARTA –  Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan dilaporkan meninggal dunia selepas didera oleh ayah kandungnya sendiri di Kampung Lio, Jakarta Timur, dalam kejadian yang bermotifkan cemburu, lapor laman berita Kumparan.

Kes itu pada mulanya dilaporkan sebagai kes penderaan oleh bapa tiri mangsa. 

Bagaimanapun,  polis kemudian membuat pembetulan maklumat dan mengesahkan bahawa suspek yang dikenali sebagai RPP ialah ayah kandung mangsa. 

Pasangan suami isteri itu  dilaporkan berkahwin mengikut syarak tanpa pendaftaran rasmi kerajaan.

Insiden itu berlaku  pagi Jumaat lalu. Ketika kejadian, ibu bayi keluar bekerja, meninggalkan suspek dan mangsa di rumah sewa mereka.

Siasatan awal polis mendapati RPP mengaku menghentak  belakang kepala anak kecil itu ke dinding sebanyak tiga kali, selain memukul belakang mangsa 

Hasil soal siasat ke atas suspek mendedahkan motif penderaan berpunca daripada perasaan cemburu selepas mendapati isterinya saling ‘chat’ dengan lelaki lain. 

Suspek kemudian melepaskan kemarahannya kepada bayi berkenaan. – AGENSI

Tiada ulasan: