"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki ditemukan dalam gaung di Bukit Broga

Sinar Harian
Mangsa yang dipercayai terjatuh ke dalam gaung di Bukit Broga malam tadi berjaya ditemukan anggota bomba pada jam 1.37 pagi dan kerja-kerja membawa mangsa turun dilakukan. - Foto Sinar Harian
Mangsa yang dipercayai terjatuh ke dalam gaung di Bukit Broga malam tadi berjaya ditemukan anggota bomba pada jam 1.37 pagi dan kerja-kerja membawa mangsa turun dilakukan. - Foto Sinar Harian
SEMENYIH: Seorang lelaki berusia lingkungan 20-an ditemukan dalam keadaan lemah selepas dipercayai terjatuh ke dalam gaung sedalam lima meter di Bukit Broga di sini malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.56 tengah malam.

"Seramai lima anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih bergegas ke lokasi yang jaraknya sejauh tujuh kilometer," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ashrul Riezal berkata, setibanya pasukan bomba di lokasi pada jam 1.05 pagi, mereka mendapati mangsa telah terjatuh ke dalam gaung berkedalaman lima meter.

"Mangsa berjaya ditemukan anggota bomba pada jam 1.37 pagi dan kerja-kerja membawa mangsa turun sedang dilakukan.

"Mangsa berada dalam keadaan lemah namun tidak mengalami kecederaan serius," katanya. - Sinar Harian

Tiada ulasan: