"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pengantin ijab kabul di sisi jenazah bapa

KOSMO
TANGKAP layar video menunjukkan pengantin lelaki dan perempuan duduk di sebelah jenazah semasa proses ijab kabul. - TikTok 
JAKARTA  – Suasana sebuah majlis perkahwinan di Indonesia bertukar sedih apabila bapa pengantin perempuan meninggal dunia sebelum anaknya sempat melaksanakan akad nikah, lapor laman berita Lambe Turah. 

Kisah menyayat hati ini dikongsi di platform TikTok oleh akaun @monicwedding, baru-baru ini.

Rakaman video kejadian menunjukkan proses ijab kabul tetap dilaksanakan, dengan pengantin lelaki dan perempuan duduk di sebelah jenazah. 

Selain keluarga, tetamu juga tidak mampu menahan sebak ketika proses akad nikah  berlangsung. 

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Sedih sangat,” kata seorang netizen. 

“Saya yang menangis tengok video ini,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tiada ulasan: