Austin Camoens

POLIS menahan lelaki berkaitan kes cubaan menyeludup syabu dari Laos ke Filipina. FOTO Polis
KUALA LUMPUR: Bukit Aman mengesahkan penahanan seorang juruterbang warga Malaysia berusia 49 tahun yang memiliki sebuah syarikat berkaitan jet peribadi yang disyaki terbabit dalam cubaan menyeludup lebih setengah tan syabu dari Laos ke Filipina.
Penahanan itu menjadikan jumlah keseluruhan juruterbang warga Malaysia yang ditahan berkaitan kes penyeludupan dadah kini seramai empat orang.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan penahanan lelaki berkenaan dalam maklum balas ringkas kepada NSTP, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya sedang menyediakan kenyataan rasmi berhubung perkara itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan