"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki Myanmar ditahan disyaki bunuh rakan senegara

Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Myanmar ditahan kurang 12 jam selepas disyaki menikam mati rakan senegaranya di sekitar Maluri, Cheras, di sini, kelmarin.

Suspek berusia awal 30-an itu ditahan di sebuah premis sekitar Taman Maluri kira-kira jam 12 tengah hari semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, mangsa berusia lingkungan 20-an meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) kira-kira jam 10 pagi semalam akibat kecederaan parah di perut.

“Suspek adalah lelaki warga Myanmar berusia awal 30-an, tidak bekerja dan tiada rekod jenayah lampau.

“Suspek ditahan bersama rampasan sebilah gunting yang dipercayai digunakan sebagai senjata pembunuhan,” katanya dalam kenyataan tengah malam tadi.

Fadil berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini bagi membantu siasatan lanjut.

Tiada ulasan: