"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anwar- Najib Patut Di Baling Dengan Buah Durian


dummygalimg“Orang yang memberi ranting zaiton seperti ini, patut dibaling dengan buah durian,” kata DS Anwar Ibrahim dalam sidang Parlimen sebentar tadi.

Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim dalam membahaskan mini bajet 2009 di Parlimen, mengecam Najib yang mahu memberikan ranting zaiton kepada pembangkang, tanda perdamaian dan kerjasama dalam menghadapi kemelut ekonomi negara sekarang. Anwar membidas, sementara ranting zaiton dihulurkan dalam masa yang sama, keris juga dihunus untuk menikam kawan, memasukkan mereka ke dalam tahan ISA dan membuat berbagai-bagai tuduhan terhadap mereka. Orang yang beri ranting zaitun seperti ini perlu dibaling dengan buah durian.

Anwar menyeru agar segera menghentikan tindakan kezaliman, menghentikan pencolekan ADUN, membebaskan tahan ISA dan kalau ada pertuduhan, bawa mereka ke Mahkamah terbuka, baru lah dia boleh memberikan ranting zaiton.

Menjawab petanyaan dari wakil Batu Pahat Anwar berkata, kita tidak boleh pukul orang, kemudian bawa berunding. Anwar menegaskan bahawa sebagai seorang Muslim tidak munkin beliau tidak boleh bekerjasama, kerna ini adalah arahan Al quran. Tapi bekerjasama yang dimaksudkan disini ialah bekerjasama di dalam kebaikan dan taqwa, bukan bekerjasa perkara-perka yang salah dan permusuhan.

http://seriiskandar.wordpress.com/


Tiada ulasan: