"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Insiden Kemelut Politik PKR, Maka Akhirnya Semua Ahli Jawatan Kuasa AMK Negeri Bersetuju Berkerjasama Demi Masa Depan Parti !

KUANTAN - Satu laporan diterima petang semalam menyatakan bahawa kemelut yang melanda politikParti Keadilan Rakyat (PKR) di Pahang baru-baru ini khabarnya kini sudah semakin reda. Satu pertemuan khas telah diadakan di Ibu Pejabat PKR Negeri (lama) Jalan Beserah dekat sini petang semalam bagi menghuraikan segala kekalutan yang melanda. Dalam pertemuan itu Pengerusi PKR Negeri, Dato' Fauzi Abd Rahman (foto) telah berkenan hadir untuk bertemu dengan Ahli Jawatan Kuasa Angkatan Muda Keadilan(AMK) Pahang yang diketuai oleh Saudara Rizal Jamin. Pertemuan diadakan setelah tercetusnya kemelut baru dalam AMK Pahang, bila Ketua Penerangan pergerakan ituSaudara Mohd Shukri Mohd Ramli meletakkan jawatannya awal bulan ini akibat kecewa dengan beberapa keputusan dan tindakan AMK yang membelakangi kumpulan yang dicop sebagai "penyokong Dato' Fauzi".Atas iniseatif pimpinan tertinggi PKR Negeri yang diketuai oleh Saudara Zaidi selaku Setiausaha Perhubungan dan Saudara Ram, Timbalan Pengerusi III maka satu pertemuan khas juga telah diadakan sebelum itu yang melibatkan Saudara Mohd Shukri dan juga Saudara Kamarul Hatta (Timbalan Ketua AMK Pahang). Turut hadir ialah AJK AMK sepertiSaudara Syed (Ketua AMK Jerantut), Saudara Kasfian (AMK Indera Mahkota), Saudara Alang (Bekas Exco AMK Pahang) dan Saudara Razak (Pemerhati dari AIC). Dalam perbincangan hangat hampir tiga jam itu telah menyebabkan Saudara Hatta dan Saudara Shukri akhirnya setuju untuk berdamai dan membuang segala yang keruh.


Namun begitu, mesyuarat khas yang diadakan semalam juga adalah satu lagi jalan terbaik untuk merapatkan saf kepimpinan AMK Pahang yang tidak sehaluan sejak kebelakangan ini. Difahamkan turut hadir dalam pertemuan itu ialah 
Saudara Ram (Timbalan Pengerusi III) dan Saudara Zaidi(Setiausaha Perhubungan Negeri) serta pimpinan AMK seperti Saudara KarimSaudara Kamarul Hatta, Saudara Saravanan, Saudara Shamsul dan lain-lain lagi. Hasil perbincangan dan mesyuarat tersebut maka satu keputusan telah dicapai, dimana Ketua AMK Pahang iaituSaudara Rizal Jamin sekali lagi memberi jaminan akan terus menyokong kepimpinan Pengerusi Perhubungan Negeri yang baru iaitu Dato' Fauzi Abd Rahman. Langkah itu adalah jalan terbaik bagi mengelakkan berlakunya perpecahan yang lebih parah selepas ini. Apapun kami mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa AMK Pahang yang akhirnya sebulat suara bersedia untuk "berdamai" dalam "krisis" yang melanda sebelum ini. Semoga dengan ini, tidak akan wujud lagi sikap berpuak-puak dalam PKR Pahang selaras dengan hasrat untuk merampas negeri Pahang dalam pilihanraya umum akan datang. Kami juga mengharapakan agar kerjasama yang lebih erat akan dapat terjalin selepas ini, dalam usaha untuk meneruskan agenda perubahan yang lebih besar.

[Pihak kami juga difahamkan Saudara Mohd Shukri Mohd Ramli tidak hadir dalam mesyuarat tersebut kerana beliau telah "meletakkan jawatannya" dari pada pergerakan itu baru-baru ini. Kami juga akan senantiasa memantau kemelut politik yang melanda Pakatan Rakyat di Pahang selepas ini. Janganlah ada sikap bermusuh-musuhan sesama ahli di dalam parti, kerana semua itu akan mengundang musuh untuk masuk campur dan akhirnya wujud perpecahan. Sepatutnya sebagai ahli parti, semua pihak mesti akur dengan keputusan pucuk pimpinan tertinggi parti iaitu Ketua Umum PKR kerana memilih Dato' Fauzi Abd Rahman sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Negeri yang baru bagi menggantikan Saudara Zakaria Abd Hamid yang kini dinaikkan pangkat ke pusat. Semoga selepas ini juga tiada lagi kemelut yang akan melanda PKR Pahang hendaknya].

Tiada ulasan: