"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Taman Templer Adun pertama diberi amaran keluar dewan

Saidah Hairan 
SHAH ALAM, 16 Mac (Hrkh) -
 Adun Taman Templer(BN), Dato' Subahan Kamal menjadi wakil rakyat pertama yang diberi amaran keluar dewan oleh Speaker DUN, Teng Chang Khim dalam sesi soal jawab pagi tadi.

Teng berkata `Jangan main-main dengan saya, saya tidak mahu YB orang pertama diarah keluar oleh saya, saya serius ni'.

Subahan ditegur kerana mengajukan soalan tambahan yang meleret -leret dan berulang-ulang sehingga memakan masa lebih tiga minit berhubung isu penggunaan dewan awam.

Teguran daripada Teng itu menyebabkan Subahan berulang kali memohon maaf kerana celaru dan masih teringat sangkaan buruk Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali yang mendakwa Speaker bermesyuarat di bawah pokok.

Pengakuan itu menyebabkan Teng marah dan mengingatkan Subahan supaya minta penjelasan dengan baik daripada exco bukan membuang masa kerana masa yang diperuntukkan untuk sesi soal jawab hanya satu jam.

Selepas itu beliau mengarahkan exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu supaya tidak menjawab soalan tambahan daripada Subahan.

Tiada ulasan: