"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Siapa Pengerusi BN sebenarnya? UBN Najib Altantuya

jinbukitridan
Mutakhir ini kebanyakan rakyat kian keliru tambah celaru apabila melihat Tun Mahathir lebih banyak membuat kenyataan berkenaan pilihanraya berbanding Najib dan Muhyidin! Akhbar pula seakan mengekori ke mana saja mantan PM ini pergi untuk mendapat ‘amanat’.
Mengapa Najib dan Muhyidin kelihatan agak terkebelakang berbanding Mahathir? Ada pendapat mengatakan mereka telahpun mendapat pengajaran daripada beberapa siri Pilihanraya Kecil yang lalu justeru kali ini mereka lebih berhati-hati untuk membuat kenyataan.

Manakan tidak dengan kuasa memerintah ditangan ditambah pula dengan monopoli jentera kerajaan mereka masih juga belum berjaya meyakinkan rakyat untuk kembali kepangkuan mereka.

Bagi Tun barangkali mula merasakan gagasan yang diasaskannya iaitu wawasan 2020 semakin kabur pencapaiannya jika keadaan politik yang tidak memihak BN ini berterusan. Lalu sebagai ahli UMNO yang berpengalaman barangkali beliau mengambil serius pilihanraya kecil kali ini terutamanya isu calon yang bersih ,kununnya.
Malah menurutnya jika beliau menjadi Isa Samad beliau tidak akan menerima pencalonan untuk bertanding sebaliknya akan berhempas pulas untuk memastikan penggantinya menang di Bagan Pinang . Kita fikir agaknya itulah perkara terakhir yang akan berlaku kepada umno.

Tidakkah Tun sedar kerana calon dan berebut kuasa di kalangan merekalah keadaan politik di Terengganu sehingga kini tidak stabil? Berpuak-puak dan berjuak-juak! Juga kerana pangkatlah ada insan yang tertangkap rasuah dalam pemilihan Agong umno yang lalu? Apakah mereka ini bersih sehingga masih diberi amanah untuk memerintah?

Pada kita sepatutnya Tun membuka jalan seluas-luasnya kepada Najib untuk membuat keputusan. Barangkali Najib juga ada Syura dan Istikharahnya!? Mengapa di zaman Tun menjadi PM tidak ada ahli umno yang menentang penarikan balik bantuan ke Sekolah Agama Rakyat dan perlaksanaan PPSMI?

Barangkali waktu itu mereka menghormati Tun sebagai ketua walaupun langkah itu mundur dua tapak ke belakang mereka tetap ‘menjaga hati’ Tun. Dan kini tibalah giliran Tun untuk patuh dan menghormati apa jua keputusan yang dibuat Pengerusi BN yang baru walaupun pada pandangan peribadi beliau kurang sesuai.

Kenyataan awal Tun di media hanya akan mengundang serba-salah di kalangan 'syura' umno untuk membuat keputusan. Umno Teluk Kemang mahukan Isa sementara Tun awal lagi sudah membantah agaknya apakah yang bermain di fikiran Tok Jib? Ditelan mati emak diluah mati bapak!

Apa yang ingin dihairankan. Isa Samad atau sesiapa jua yang bakal menjadi calon tetap akan ditentang oleh Pas dan PR. Bukan batang tubuh Isa yang menjadi musuh tapi dasar umno yang tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat. Pemimpin mereka hidup senang-lenang sementara rakyat kebanyakan ada yang tak makan. Mereka lebih pandai memutar retorik dan istilah dari bekerja untuk rakyat.

Pemudamuadzam

Tiada ulasan: