"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Asri Masuk Umno ? Apa Isu Sebenarnya.

YB Drs. Khalil Idham Lim

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin disebut-sebut akan menyertai Umno bersama 100 ulama muda lain Jumaat ini.

Mengulas mengenai perkara berkenaan, Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abd. Rauf Yusof ketika dihubungi mStar Online di sini hari ini berkata: "Ya, tunggulah Jumaat ini."

Sebelum itu, beliau berkata, barisan ulama berkenaan akan menyertai parti menerusi Cawangan Dataran Merdeka, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Sementara itu bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin menjelaskan bahawa beliau belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik.

"Saya mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini," tulis beliau dalam blognya.

Apakah sebenarnya disebalik berita yang saya kira sengaja dihebohkan ini ?

Hakikat yang kita sedia maklum ialah UMNO sekarang ini dalam keadaan cukup nazak dan kapalnya sudah hampir karam. Isu-isu nasional yang muncul sejak akhir-akhir ini mengesahkan UMNO semakin terdesak dan membukti sebagai pengkhianat kepada agama dan bangsanya sendiri.

Dua contoh besar ialah pengkhianatan UMNO kepada agama ialah dengan kelulusan lesen judi bolasepak yang jelas membuak mata banyak pihak bukan sahaja pelbagai bangsa dalam Pakatan Rakyat namun pihak di dalam UMNO sendiri yang merasa begitu tidak selesa dengan kelulusan lesen judi tersebut.

Gelombang kemarahan rakyat kepada "menghalalkan" judi tersebut jauh sekali bertentangan dengan tatasusila dalam agama Islam yang selama ini dilakonkan oleh UMNO merekalah sebagai pejuangnya.

Dengan isu ini kebenaran terselah dengan sendiri hasil dari kerja UMNO sendiri bahawa yang membela islam adalah PAS bukannya UMNO.

Penyerahan blok L dan M kepada Kerajaan Brunei yang menyebabkan kerugian sebanyak RM 320 billion menyebabkan rakyat nampak betapa pemimpin UMNO mudah sekali menggadai tanah air kepada orang asing. Tidak berapa lama sesudah itu penggadaian tanah KTM kepada kerajaan Singapura berlaku dalam keadaan isu Blok L dan M masih belum reda.

Saya mengira Najib sudah dapat mencium bau bahawa isu yang boleh menaikkan kembali dia ke persada rakyat tidak lain dengan isu agama. Bukankah Pak Lah naik dengan isu ini. Slogan Islam hadhari selepas menjadi PM mampu melonjakkan sokongan rakyat kepada UMNO dan BN.

Apatah lagi 1malaysia tidak cukup untuk menyakinkan rakyat mengenai keberadaan dan manfaatnya untuk rakyat dan negara.

Walaupun sudah banyak wang dibelanjakan nampaknya 1Malayia tidak dapat menyakin sepenuhnya rakyat khususnya kaum melayu kepada Najib. Apalagi masalah-masalah lapuk yang membelik kehidupan Najib bila-bila masa boleh dimainkan oleh Pakatan Rakyat.

Kerana itu kena ada sesuatu yang mesti dan perlu dilakukan iaitu mengembalikan Najib kepada Imej Islam walaupun kejaannya pun saya nampak agak tidak jelas. Yang penting itulah yang saya nampak, bila Dr. Asri dikatakan ingin masuk UMNO bersama 100 lagi ahli agama dan ada dikalangannya berkelulusan PHD.

Semacam ingin digambarkan UMNO sudah benar-benar Islamik sehingga begitu ramai ilmuan Islam yang ingin menyertainya.

Inilah kerja-kerja akhir hayat yang dilakukan UMNO untuk menipu rakyat, dalam keadaan semua sudah tahu bahawa bagaimanapun Umno di"makeup" dia sudah sangat tua untuk menngatakan ia membela Islam tentulah sudah sangat terlambat dan buktinya terbentang didepan mata rakyat bahawa UMNO adalah penghianat kepada agamanya sendiri.

Malanglah jika benar ada orang agama yang ingin masuk UMNO dalam keadaan orang yang jahil dalam UMNOpun sudah lari meninggalkan UMNO.

Tiada ulasan: