"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

K'jaan K'tan lantik 13 timbalan exco negeri

Kerajaan PAS Kelantan, hari ini melantik 13 timbalan ahli exco untuk meringankan beban tugas anggota exco negeri.

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata jawatan timbalan exco baru itu yang diwujudkan berkuatkuasa 1 Januari lepas.

Pelantikan timbalan exco itu, tambahnya, juga kerana exco yang ada bukan sahaja bertanggungjawab mentadbir kerajaan negeri tetapi perlu juga menjaga kebajikan rakyat di kawasan masing-masing.

“Menyedari hakikat inilah kerajaan negeri terpaksa mewujudkan jawatan timbalan exco terdiri daripada wakil rakyat bagi membantu tugas exco yang sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah jawatan timbalan exco tersebut di Kota Bharu petang ini, lapor Bernama.

Turut menyaksikan majlis itu ialah setiausaha kerajaan negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Nik Abdul Aziz berkata tiga exco mempunyai dua timbalan memandangkan skop portfolio yang disandangnnya besar dan luas iaitu Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, yang dipergerusikan Exco Kanan, Datuk Husam Musa; Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, yang dipengerusikan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri, dipengerusikan Datuk Takiyuddin Hassan.

Exco lain yang mempunyai seorang timbalan ialah Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri dipengerusikan Dr Mohd Fadzli Hassan; Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Datuk Anuar Tan Abdullah.

Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Desa dan Bioteknologi Che Abdullah Mat Nawi; Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri Wan Ubaidah Wan Omar, Jawatankuasa Perumahan, Kerja raya, Utiliti dan Alam Sekitar Mohd Anizam Abdul Rahman serta Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Belia dan Sukan Negeri Abdul Fatah Mahmood.

Nik Abdul Aziz berharap dengan pelantikan jawatan timbalan itu akan melincinkan lagi pentadbiran negeri di samping dapat memberi perkhidmatan kepada rakyat dengan lebih cekap.

Tiada ulasan: