"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bapa ditemu meninggal dunia, ‘anak lembam’ direman

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) lembam pembelajaran direman bagi membantu siasatan kes kematian bapanya yang ditemui mati di sebuah flat di Bentong, Ahad lalu.

Ketua Polis Bentong Zaiham Mohd Kahar, berkata suspek berusia 22 tahun itu merupakan anak bongsu kepada warga emas berkenaan.

Menurutnya, polis menerima satu laporan polis mengenai seorang lelaki warganegara tempatan berusia 64 tahun tahun ditemui terbaring di atas lantai di sebuah rumah flat.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa mengalami beberapa kecederaan di bahagian badan termasuk kesan terbakar.

“Isteri mangsa bersama anak kedua mangsa iaitu seorang lelaki berusia 28 tahun berada di Kuala Lumpur atas urusan perubatan di salah sebuah hospital di ibu kota sejak 19 Jun lalu.

“Mangsa telah ditinggalkan bersama anak bongsunya berusia 22 tahun di rumah tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Zaiham berkata, suspek kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pihaknya juga memohon kerjasama mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk tampil bagi membantu siasatan.

Tiada ulasan: