"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hadi beri bayangan tokoh Umno jadi calon PN

FMT Reporters

PETALING JAYA: Presiden PAS Abdul Hadi Awang membayangkan ada kejutan bakal ditampilkan parti itu pada PRN termasuk pencalonan tokoh Umno.

Enggan mendedahkan perkara itu, Hadi meminta semua menunggu hari penamaan calon yang akan menjawab pelbagai spekulasi termasuk pencalonan bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

“Tunggu hari penamaan calon sama ada nama beliau (Nik Mohamad Abduh) naik atau tidak, akan ada kejutan insya-Allah.

“Tokoh dari Umno pun insya-Allah ada,” katanya menurut Berita Harian ketika ditemui selepas pelancaran jentera pilihan raya Perikatan Nasional (PN) Kelantan malam tadi.

Setakat ini, hanya nama bekas Setiausaha Agung Umno Annuar Musa yang menyertai PAS pada bulan ini disebut-sebut bakal mewakili PN pada PRN.

Sementara itum Nik Abduh yang juga anak bekas menteri besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat pula dikatakan digugurkan dalam senarai calon PRN.

Pada PRU15, beliau tidak dicalonkan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bachok.

Tiada ulasan: