"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita bukan Islam Kelantan dikompaun kerana pakai seluar pendek

Malaysiakini 

Seorang wanita bukan Islam di Kelantan dikompaun kerana berseluar pendek di tempat awam.

Wanita 35 tahun yang juga pemilik kedai pakaian dikompaun susulan pemeriksaan mengejut Majlis Perbandaran Kota Bahru (MPKB) di kedainya di Jalan Merbau, Kota Bahru, lapor beberapa media.

Yang Dipertua MPKB Rosnazli Amin berkata wanita tindakan itu dibuat bawah Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian MPKB 1985

Katanya, undang-undang itu telah lama berkuat kuasa, termasuk terhadap bukan Islam.

Tiada ulasan: