"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tetak mati kenalan, wanita warga asing direman

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang wanita warga asing direman tujuh hari sehingga 1 Julai kerana disyaki menetak kepala kenalannya yang ditemukan mati di ladang sawit berdekatan kilang papan di Ayer Tawar, Manjung semalam.

Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan lelaki berusia 38 tahun itu pada 5.15 petang semalam.

“Siasatan awal polis di tempat kejadian mendapati seorang lelaki berada dalam keadaan tidak sedarkan diri terbaring di atas tanah dengan beberapa kesan tetakan pada tubuh badannya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pihak polis turut menjumpai beberapa barang termasuk dua batang besi cangkuk tandan kelapa sawit, sehelai tuala, dan sebuah motosikal milik mangsa yang berada berdekatan mayatnya.

Katanya, polis kemudian menahan wanita itu di kawasan Ayer Tawar pada kira-kira 3.30 pagi tadi dengan kes disiasat Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Yusri berkata, bedah siasat dijalankan mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan pendarahan yang banyak akibat luka kesan tetakan senjata tajam dan luka tetakan pada bahagian kepala.

Katanya orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kanan IPD Manjung, Mohd Azalan Ab Karim di talian 019-3927837.

Tiada ulasan: