"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Seorang lagi anggota TUDM dilaporkan maut Ahmad Hasbi

Ahmad Hasbi
am@hmetro.com.my

Tampin: Seorang lagi anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan meninggal dunia selepas dikatakan terkena bom lempar yang meletup ketika sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, di sini, hari ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan, beliau mengucapkan takziah kepada kedua-dua keluarga yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

"Mendapat perkhabaran duka kejadian letupan bom lempar yang mengorbankan seorang jurulatih dan seorang penuntut dari Institut Pentadbiran Dan Pengajian Pangkalan Udara Sendayan (INSTAR) semasa latihan menembak senjata dan bom lempar di Kem Syed Sirajuddin, petang tadi.

"Salam takziah saya ucapkan kepada keluarga Allahyarham Koperal Udara Mohd Syuib Bidin dan Leftenan Udara I Mohd Iqmal Masdi.

"Gugurnya perajurit dalam latihan demi mempertahankan negara. Semoga ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan keredaan dengan ketentuan-Nya jua," katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang anggota TUDM maut selepas bom lempar meletup ketika sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin, hari ini.

Difahamkan dua jurulatih lagi parah dalam kejadian jam 12 tengah hari ketika mereka menjalani latihan menembak senjata dan bom lempar di tapak latihan kem terbabit.

Tiada ulasan: