"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Keputusan PRN mungkin boleh menakutkan pelabur

David Pillai dan Sankita Jayanandan

PETALING JAYA: Penembusan ketara oleh Perikatan Nasional (PN) dalam PRN terutama di Selangor dan Pulau Pinang, akan menimbulkan kebimbangan kepada ramai pelabur, kata seorang penganalisis penyelidikan.

Sokongan semakin meningkat terhadap gabungan Islam dan Melayu berteraskan PAS dan Bersatu juga memberi berita buruk kepada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Anwar Ibrahim kerana ia akan menyukarkan lagi usaha melakukan pembaharuan asas kepada ekonomi.

Penasihat Utama Pusat Penyelidikan Pasifik Malaysia, Oh Ei Sun, berkata keputusan pilihan raya akan membimbangkan komuniti perniagaan tempatan dan antarabangsa.

“Keputusan pilihan raya akan memberi ‘ketakutan’ kepada banyak pelabur, sama ada asing dan domestik,” katanya sambil menyatakan bahawa “gelombang hijau” PN menyapu lebih satu pertiga daripada kerusi di Selangor, negeri paling maju dalam negara.

Bagi membuktikan pendapatnya, Oh memetik prestasi pelaburan yang kurang memberangsangkan di negeri pantai timur, berbanding iklim pelaburan lebih teguh di pantai barat.

“Komuniti perniagaan biasanya sangat pendiam dan tidak akan menyatakan sentimen mereka. Bagaimanapun, jauh di lubuk hati mereka, saya fikir mereka tidak akan melihat keputusan itu dengan baik,” katanya kepada FMT.

Keputusan pilihan raya menyaksikan status quo yang mana Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya, Barisan Nasional (BN) kekal di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan dengan majoriti berkurangan manakala PN menewaskan PH-BN di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Lebih banyak dasar pro-Melayu?

James Chin, profesor Pengajian Asia di Universiti Tasmania, berkata Anwar kini akan menghadapi cabaran lebih besar untuk memenangi sokongan masyarakat Melayu untuk mengekalkan pentadbiran persekutuan yang stabil dan mampan.

“Hakikat bahawa Anwar dan Umno tidak dapat merampas kembali undi Melayu adalah masalah besar. Anda boleh melihat PN maju ke ke Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

“Ini bermakna lebih sukar bagi Anwar untuk membuat pembaharuan asas kepada ekonomi. Dia perlu menggandakan dasar yang lebih pro-Melayu untuk menunjukkan bahawa dia lebih pro-Melayu dan pro-Islam daripada PN,” katanya.

“Saya ragu beliau akan dapat memperkenalkan pembaharuan menyeluruh (dasar) seperti Dasar Ekonomi Baru. Saya tidak fikir ia boleh berlaku.”

Chin berkata, kebanyakan peninjau dan penganalisis sudah meramalkan PRN akan menghasilkan status quo. “Komuniti perniagaan akan bersikap neutral terhadap keputusan, kerana ia adalah apa yang semua orang jangkakan.”

Tiada ulasan: