"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Saifuddin tak terlibat tender kain penjara, kata jabatan

FMT Reporters

PETALING JAYA: Jabatan Penjara menafikan dakwaan bahawa Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail terlibat dalam urusan tender pembekalan kain penjara seperti didakwa di media sosial.

Kenyataan itu menyusul dakwaan dibuat menerusi akaun Telegram Edisi Siasat yang Saifuddin menggunakan kuasa menteri untuk memberi tender kain penjara kepada syarikat tidak menepati kelayakan dalam penilaian teknikal.

Dakwanya, Saifuddin turut “menahan” keputusan tender yang telah lulus penilaian teknikal dan kewangan sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati Jabatan Penjara.

Jabatan penjara memaklumkan semua perolehan perkhidmatan dan pembekalan dilaksanakan melalui Sistem ePerolehan bagi memastikan ketelusannya.

“Tender pembekalan kain ini juga tertakluk kepada peraturan kewangan yang ditetapkan,” menurutnya dalam kenyataan.

“Semua syarikat terbabit telah melepasi tiga peringkat penilaian, iaitu peringkat jawatankuasa pembuka tender, penilaian teknikal mahupun kewangan.”

Agensi itu berkata tidak timbul isu kelewatan dalam urusan tender kerana Lembaga Perolehan Kementerian Dalam Negeri (KDN) hanya bersidang sekali, iaitu pada 10 Julai 2023, untuk memuktamadkan syarikat pembekal yang berjaya.

“Oleh itu, tidak berlaku sebarang kelewatan dalam urusan tender ini,” katanya.

Tiada ulasan: