DAP setuju beri satu jawatan Exco kepada Umno di P Pinang
Shakira Buang
DAP bersetuju memperuntukkan satu jawatan Exco di Pulau Pinang kepada Umno, kata setiausaha agungnya, Anthony Loke.
Keputusan itu dibuat pada mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusat parti itu di Kuala Lumpur malam ini.
"Ada dua calon BN yang menang di Pulau Pinang. Maka kita akan lantik wakil BN dari Umno untuk duduki Exco,” katanya.
Pulau Pinang diketuai Chow Kon Yeow dari DAP.
Dua calon BN yang menang kerusi DUN Pulau Pinang dalam pilihan raya negeri pada Sabtu lalu ialah Reezal Merican Naina Merican (Bertam) dan Rashidi Zinol (Sungai Acheh).
Sebelum ini ada spekulasi mengatakan bahawa Reezal, yang merupakan bekas menteri, akan diberi jawatan sebagai timbalan ketua menteri dalam kerajaan negeri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan