"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pengguna FB hina Agong ditahan di Bera

Bernama

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang dipercayai pemilik akaun Facebook @SamBanjar Perak hari ini ditahan kerana memuat naik hantaran berbaur hasutan serta menghina Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata lelaki berusia 43 tahun itu ditahan di Bera, Pahang.

“Lelaki berkenaan disyaki pemilik akaun Facebook @SamBanjar Perak telah memuat naik hantaran berkecenderungan menghasut bagi mendatangkan penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata lelaki itu direman empat hari hingga 18 Ogos ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Orang ramai digesa agar menjadi pengguna media sosial yang bijak dan berhemah dan mengelakkan daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menggugat keamanan dan perpaduan terutamanya melibatkan isu 3R (raja, agama, kaum),” katanya.

Tiada ulasan: