"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

N Sembilan:: BN harap dapat 5, 6 jawatan exco

FMT Reporters

PETALING JAYA: Ketua Umno Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias berharap Adun Barisan Nasional (BN) mendapat lima atau enam jawatan exco di negeri itu.

“Ia (pelantikan jawatan exco) berdasarkan jumlah kerusi (DUN) yang dimenangi oleh BN pada PRN Sabtu lalu,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata, keputusan akan dibuat selepas beliau berbincang dengan Menteri Besar, Aminuddin Harun.

Setakat ini, katanya, beliau belum dipanggil Aminuddin dan tidak pasti bila perbincangan itu akan diadakan, tetapi percaya ia akan dilakukan dalam minggu ini juga.

Adun Pertang itu berkata, senarai nama akan diserahkan kepada menteri besar untuk dilantik exco yang terdiri daripada gabungan muka lama dan baharu.

“Tiada tempoh ditetapkan bagi pelantikan exco, namun bagi memastikan kelancaran pentadbiran kerajaan negeri, saya fikir dalam minggu ini juga (exco) akan dilantik.”

Pada PRN Sabtu lalu, BN memenangi 14 kerusi dan Pakatan Harapan menguasai 17 kerusi, sekali gus dapat membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga.

Perikatan Nasional pula menang lima kerusi.

Tiada ulasan: