Predeep Nambiar
Adun Dato Keramat Jagdeep Singh Deo akan bertanggungjawab dalam portfolio pembangunan modal insan, sains dan teknologi. (Gambar Facebook)
GEORGE TOWN: Adun Dato Keramat Jagdeep Singh Deo dari DAP telah dinamakan sebagai timbalan ketua menteri II Pulau Pinang manakala Adun Batu Maung PKR, Mohamad Abdul Hamid, adalah timbalan ketua menteri I.
Jagdeep menggantikan P Ramasamy yang memegang jawatan itu selepas PRU ke-12, tetapi digugurkan sebagai calon dalam PRN.
Jagdeep akan bertanggungjawab dalam portfolio pembangunan modal insan, sains dan teknologi, manakala Mohamad akan bertanggungjawab untuk pembangunan Islam, pendidikan dan perpaduan negara.
Adun Bertam Reezal Merican Naina Merican dari Umno, yang dikhabarkan akan dinamakan sebagai timbalan ketua menteri, bukan sebahagian daripada 10 orang exco.
Adun Sungai Acheh dari Barisan Nasional (BN), Rashidi Zinol, adalah wakil tunggal gabungan itu dalam Exco, dan akan mengetuai jawatankuasa perdagangan dan pembangunan keusahawanan dan pembangunan luar bandar.
Barisan Exco itu terdiri daripada tujuh wakil DAP, dua daripada PKR, dan seorang daripada Umno. Antaranya, lapan adalah muka baharu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan