Malaysiakini
Senarai nama calon Menteri Besar Kedah akan diuruskan oleh kepimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN) dalam masa terdekat, kata Pengerusi PN Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Beliau berkata sehingga menteri besar baharu dilantik, beliau akan menguruskan segala urusan kerajaan negeri selaku Menteri Besar sementara.
“Parti sedang uruskan semua, saya sendiri tidak tahu nama siapa yang ada...tak tahu nama saya ada dalam senarai atau tidak, tetapi saya akan pegang jawatan menteri besar sementara sehingga menteri besar yang baharu dilantik,” katanya pada sidang media di Kompleks PAS di Alor Setar, semalam.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan