FMT Reporters
PETALING JAYA: Polis akan panggil Menteri Besar Kedah Sanusi Nor untuk mengambil keterangannya kerana menunjukkan kertas undi ketika mengundi pada PRN Sabtu lalu, kata Ketua Polis Negara Razarudin Husain.
Razarudin berkata siasatan terhadap Adun Jeneri itu akan dilakukan secara adil mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Terdahulu, media melaporkan Sanusi didakwa melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana sengaja “menayang” kertas undinya kepada petugas media ketika membuang undi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya di Sik, Kedah.
Perbuatannya mengundang kritikan pengguna media sosial yang berkongsi gambar Sanusi mempamerkan pilihannya pada kertas undi ketika gambarnya dirakam petugas media, sebelum ia dimasukkan ke dalam kotak undi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan