"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Didakwa ada ‘waran tangkap’, pensyarah terpedaya rugi lebih RM500,000

Bernama

IPOH: Seorang pensyarah wanita rugi lebih RM500,000 selepas diperdaya sindiket penipuan melalui panggilan telefon baru-baru ini.

Ketua Polis Muallim Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, wanita berusia 38 tahun itu memaklumkan menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki mendakwa pekerja sebuah syarikat kurier pada 3 Ogos lepas.

“Suspek menyatakan mangsa mempunyai dua bungkusan atas namanya yang mengandungi lima kad pengenalan, lima pasport serta lima kad bank milik orang lain sebelum panggilan itu disambungkan kepada pihak yang kononnya IPK Perak dan Bukit Aman bagi tujuan meyakinkan mangsa,” katanya.

Mohd Hasni berkata, suspek yang menyamar sebagai pegawai penyiasat kemudian mendakwa mangsa mempunyai waran tangkap berkaitan jenayah pengubahan wang haram dan pemerdagangan manusia.

Dakwaan ini menyebabkan mangsa mengikuti arahan termasuk memindahkan keseluruhan wang ke 16 akaun berlainan, tambahnya.

“Wanita itu yang panik mengikut arahan suspek dengan memindahkan wangnya sebanyak RM537,659 ke akaun yang diberikan oleh sindiket tersebut sejak 3 hingga 12 Ogos lepas melalui 25 transaksi,” katanya.

Mangsa hanya menyedari diperdaya selepas suaminya melihat perubahan sikap isterinya yang sering memegang telefon termasuk meminta meminjamkan duit untuk melakukan pembayaran kepada individu tersebut.

Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan: