"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PH perlu guna pendekatan haluan kanan raih sokongan Melayu?

Danish Raja Reza dan Natasha Busst

PETALING JAYA: Keputusan PRN di enam negeri menunjukkan bahawa Pakatan Harapan perlu mengambil pendekatan yang lebih berhaluan kanan untuk menarik pengundi Melayu konservatif, kata seorang penganalisis.

James Chin dari Universiti Tasmania, berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim perlu menyokong dasar konservatif untuk mendapatkan sokongan politik dengan mengorbankan asas pengundinya yang progresif.

“Beliau perlu bergerak lebih jauh ke kanan dengan lebih banyak dasar Islam dan pro-Melayu. Ini mungkin buruk kerana ia mungkin bermakna dia akan mengasingkan atau mengecewakan penyokong PH.

“Tetapi dengan keputusan (PRN) seperti ini , beliau benar-benar tiada pilihan,” kata Chin kepada FMT.

Dalam PRN semalam, Perikatan Nasional (PN) memenangi 80% kerusi yang ditandingi BN, sambil membuat penembusan besar di kubu tradisi PH.

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata prestasi kukuh PN, termasuk di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, bermakna ia boleh dijangka kembali lebih kuat pada pilihan raya umum akan datang.

Dengan PN mendominasi Umno, Oh berkata, gabungan itu boleh menggunakan naratif bahawa majoriti orang Melayu di negara ini menyebelahinya, dan tidak menyebelahi kerajaan pimpinan Anwar.

Ini boleh menimbulkan masalah kepada kerajaan persekutuan, katanya.

“Sebagai contoh, jika anda terus (memainkan naratif ini) kepada Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan perpaduan, sokongan mereka mungkin goyah dan mereka mungkin mengalih (sokongan mereka) kepada PN,” katanya.

Buat masa ini, walaupun kedudukan Umno dalam kerajaan persekutuan terjejas, ia masih terjamin, kerana PH memerlukan parti itu walaupun sokongan orang Melayu semakin berkurangan.

Tiada ulasan: