"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: 3 nama dipersembah jawatan MB

Bernama

KOTA BHARU: Pesuruhjaya PAS Kelantan Ahmad Yakob berkata senarai tiga nama yang dicalonkan sebagai menteri besar akan dipersembahkan kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, hari ini.

Ahmad berkata, senarai nama tersebut juga telah mendapat persetujuan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

“Nama telah mendapat persetujuan presiden PAS kerana watikah presiden akan diangkat kepada Sultan Kelantan.

“(Istiadat) angkat sumpah akan diadakan pada 3 petang, 15 Ogos,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Harian Jawatankuasa PAS Pusat dan Kelantan, malam tadi.

Mesyuarat dipengerusikan Hadi itu turut dihadiri Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah dan Ahmad Samsuri Mokhtar.

Tiada ulasan: