"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Khalid Samad: Pemikiran dibawa PN rugikan Melayu, Islam

Malaysiakini

Pemikiran politik yang dibawa PN - khususnya PAS - yang tidak menekankan prestasi negeri yang ditadbir mereka amat merugikan orang Melayu-Islam dan negara, kata Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad.

Keadaan itu, katanya, berbeza dengan pentadbiran kerajaan PH-BN apabila tanggungjawab mentadbir negeri dijalankan dengan mementingkan pencapaian tertentu.

Dalam keadaan begitu, katanya, tidak ada sebab mengapa pengundi mahu menolak kerajaan PH-BN, namun kerana kempen PN berlaku penolakan di sesetengah tempat sehingga menyaksikan kawasan terbabit diwakili Adun pembangkang.

“Trend yang dibawa oleh PN ini bagi saya sangat-sangat merugikan orang Islam dan negara.

“Ia merupakan pemikiran taassub terhadap brand (jenama) atau parti tanpa mengambil endah prestasi,” katanya dalam sidang media bersama Adun Kota Lama Dr Hafidzah Mustakim di Kota Bharu, Kelantan hari ini.

ia turut disiarkan secara langsung di media sosial.

Hafidzah merupakan satu daripada dua Adun dari parti kerajaan perpaduan pusat yang berjaya memenangi pilihan raya negeri (PRN) Kelantan kelmarin.

Seorang lagi ialah Mohd Syahbuddin Hashim (Umno-BN) bagi kerusi DUN Galas.
Dr Hafidzah Mustakim
PAS-PN memenangi 43 daripada 45 kerusi DUN Kelantan. Daripada jumlah itu hanya tiga mewakili Bersatu iaitu di kerusi Kok Lanas, Gual Ipoh dan Neggiri.

Menurut Khalid kerajaan Selangor menunjukkan prestasi begitu baik namun disebabkan kecenderungan yang dibawa PN menyaksikan mereka memenangi 22 daripada 56 kerusi di negeri berkenaan.

“Apa yang berlaku di Selangor… kerajaan Selangor sudah melakukan tugas mereka dengan baik, justeru tak ada sebab rakyat nak tolak kami (PH-BN).

“Tapi oleh kerana menggunakan sentimen dan emosi yang seperti itu - lebih ke arah perkauman dan penyalahgunaan sentimen keagamaan - maka PN menang sampai 22 kerusi,” katanya.

Bagaimanapun, pengerusi Amanah Kelantan itu mengakui kemungkinan kerajaan Selangor agak terlebih yakin keputusan PRN kali ini menyebelahi mereka berdasarkan prestasi yang begitu baik sejak 2008.

Katanya, ia dapat dilihat apabila Selangor menjadi negeri terkaya di Malaysia dengan tahap pembangunan yang terbaik serta perkhidmatan terhadap rakyat yang terbanyak melalui pakej dan inisiatif kepada semua lapisan - dari bayi yang baru lahir sehinggalah ke bantuan kematian.

“Bila tiba PRN ni kita tunggu untuk (dinilai) oleh rakyat dengan adil.

"Kalau prestasi baik, kekalkan; kalau tak baik, tak penuhi kebajikan rakyat air percuma, kesihatan rakyat, maka tukarlah.

“Tapi pemikiran politik yang dibawa oleh PN khususnya PAS, semua ini tak penting.

"Tak payah nak tengok prestasi, nak tengok mentadbir dengan baik ataupun tidak… yang penting menangkan puak kita,” katanya.

Tiada ulasan: