"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Letupan depan sekolah disyaki bahan buatan sendiri

Bernama

KANGAR: Letupan kuat di hadapan sebuah sekolah kebangsaan di Padang Besar, awal pagi ini, disyaki berpunca daripada penggunaan bahan letupan buatan sendiri menggunakan paip besi, demikian siasatan awal polis di lokasi kejadian.

Ketua Polis Padang Besar, Mohd Shokri Abdullah, berkata pihaknya menerima maklumat kira-kira 7.30 pagi daripada pengawal keselamatan sekolah berhubung insiden itu.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

“Pengawal keselamatan itu memaklumkan mendengar satu bunyi letupan kuat di hadapan luar pagar sekolah pada sekitar 4 pagi,” katanya dalam kenyataan.

Susulan laporan tersebut, katanya, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Padang Besar bersama pasukan forensik IPK Perlis bergegas ke tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati bahan letupan tersebut dipercayai buatan sendiri menggunakan paip besi,” katanya.

Shokri menasihatkan masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan polis dan mengganggu-gugat ketenteraman awam.

Tiada ulasan: