"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ragu kiraan undi, jentera PH Sungai Kandis lapor polis

Malaysiakini

Jentera pilihan raya PH bagi DUN N49 Sungai Kandis membuat laporan polis selepas mendakwa berlaku kiraan undi meragukan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, Sabtu lalu.

Laporan itu dibuat Shaari Abdul Malik iaitu wakil calon PH di kerusi berkenaan, Mohd Zawawi Ahmad Mughni di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam petang tadi, lapor Harian Metro.

Shaari mendakwa, pihaknya mendapati berlaku keraguan di pusat mengundi di DUN terbabit termasuk isu 1,964 undi yang tidak dikembalikan.

"Biarpun kita kalah dengan hanya 167 undi, perkara itu dianggap keraguan besar kerana semua undi yang dinyatakan tidak dimasukkan dalam peti undi.

"Kita ada membuat bantahan namun kurang dilayan dan perlu membuat laporan polis serta petisyen bagi tindakan lanjut," katanya ketika ditemui di luar pekarangan IPD berkenaan.

Semalam, PH-BN dilapor sedang mempertimbangkan untuk memfailkan petisyen bagi membatalkan keputusan beberapa kerusi DUN yang dimenangi PN pada PRN di Selangor.

Pengerusi PH Selangor Amirudin Shari berkata kerusi itu termasuk yang dimenangi dengan majoriti tipis, seperti Dengkil (407 undi), Sungai Kandis (167), Gombak Setia (58) dan Taman Medan (30).

Pertandingan tiga penjuru di Sungai Kandis dimenangi Wan Dzahanurin Ahmad dari PN yang memperoleh 28,926 undi, menewaskan Mohd Zawawi (28,759 undi) dan Afriena Shaqira Sariff dari Muda (1,341 undi).

Tiada ulasan: