"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UMNO SANGAT TERLIURKAN PAS

 Asalamualaikum,


Cakap cakap untuk membawa PAS ke dalam BN adalah ketagihan UMNO kepada PAS. Mereka tahu PAS adalah bunga mekar yang penuh dengannectar, dan mereka sangat meleleh air liur untuk menghisap madu yang dipunyai oleh PAS. Sebab itulah Khir Toyo dan Puan Zarkashi tergian sangat.

Semasa berkawan dengan Puad dulu, saya tahu beliau sering mengindoktrinasi para pelajar agar masuk PAS, tetapi akhirnya beliau yang masuk UMNO, namun ketagihan terhadap PAS tidak dapat dipadam.


Tuan Guru Nik Aziz mengatakan peristiwa lama di mana PAS pernah berada dalam kerajaan campuran BN, kemudian ditendang keluar tidak mudah untuk dilupakan. Dan ahli PAS selalu diperingatkan bahawa mereka jangan termasuk dalam lubang ular dua kali. Sekali terkena sudah cukup untuk membuat mereka serik.

Cuma ada juga pemimpin PAS yang turut terliur dengan lambaian 
glittering gold sekiranya mereka jadi sebahagian daripada pemerintah. Kecapan yang sekarang ini mereka rasai menjadikan mereka terkulat kulat tidak cukup, dan rasa ingin lagi dan lagi semakin menggian.

Dalam pimpinan PAS Selangor gelitik ini terserlah kali demi kali.

Tiada ulasan: