"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

FAKTOR KEKALAHAN UMNO/BN DI BKT GANTANG

Assalamualaikum,

Semua laporan menunjukkan UMNO/BN kalah di Bukit Gantang. Tetapi kenapa laporan laporan tersebut membuat keputusan yang sedemikian?

Sebabnya ialah apabila UMNO mencari calon untukbertanding dalam pilihanraya kecil ini, para strategis UMNO terlupa satu faktor yang sangat penting. Faktor ini memainkan peranan yang begitu penting sehingga sekiranya ia diabaikan maka redumlah UMNO. Dan sekarang sahihlah UMNO akan jahanam di Bukit Gantang.

Mengapa para strategis UMNO tidak cermat dan tidak teliti secara terperinci perkara ini? Itulah tandanya mereka memang akan dianugerahkan dengan kekalahan demi kekalahan.

Apakah yang mereka terlupa dengan Ismail Saffian calon mereka di pilihanraya kecil Bukit Gantang ini?

Mereka terlupa menyediakan beliau gigi palsu.                        

Tiada ulasan: