"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mahathir: Saya boleh jadi penasihat kerajaan Najib

Belum pun Najib Razak membuat tawaran, mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad sudah  menyatakan kesediaan untuk menjadi penasihat kerajaan.

“(Penasihat) secara tidak rasmi ok. Saya hanya mahu memberi mereka manfaat daripada pengalaman saya menguruskan kerajaan,” Mahathir dipetik sebagai berkata di Bukit Gantang.

Kenyataan itu sekali lagi menyerlahkan persepsi bahawa Mahathir sedang cuba mempengaruhi rentak pentadbiran Najib.

Dua hari lalu, Mahathir bersama anak dan isteri beliau  ke rumah Najib untuk menyerahkan borang menanggotai semula UMNO.

Ketika berkempen di Bukit Gantang hari ini, Mahathir juga bingkas melupakan kritikannya terhadap UMNO bersabit isu rampasan kuasa di Perak.

Begitu juga dengan kecamannya terhadap parti itu kerana sanggup bersekongkol dengan dua bekas ADUN PKR yang di dakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah. 

-TVAntara.com.my-

Tiada ulasan: