"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Naib presiden PPP sertai PKR

Naib presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), V Nagarajan hari ini mengumumkan penyertaanya ke dalam PKR bersama 6,000 ahli selepas lapan bahagian dengan 62 cawangan PPP di Kedah dibubarkan.

Lapan bahagian yang dibubarkan itu ialah Alor Star, Kubang Pasu, Kuala Kedah, Pokok Sena, Kulim, Baling, Sungai Petani dan Merbok.

Perkara itu diumumkan oleh anggota Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Johari Abdul yang juga ahli Parlimen Sungai Petani malam ini.

Beliau membuat pengumuman itu dalam satu majlis ceramah di Dewan Hock Seng, Sungai Petani, dalam DUN Bukit Selambau.

Nagarajan kemudiannya menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PKR kepada Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Johari juga mengumumkan kemasukkan ketua Umno cawangan Kampung Jerai, Marzuki Md Akib bersama 51 ahli cawangan tersebut menyertai PKR.

Turut menyertai PKR malam ini ialah pemimpin masyarakat Siam di Bukit Selambau, Nao Bai Seong bersama 100 orang masyarakat siam.

Dalam ucapannya, Anwar berkata beliau akan membuat satu lagi pengumuman penting pada 7 April depan.

Perhimpunan yang menyaksikan bilangan yang begitu ramai penyokong Pakatan Rakyat ini turut disertai oleh ahli-ahli Hindraf dan ia sekaligus menafikan berita-berita yang yang menyatakan Hindraf tidak memberi sokongan kepada calon PKR, S.Manikumar.

Pengumuman penyertaan Naib Presiden PPP berserta 6,000 ahli parti itu pada malam tadi merupakan satu tamparan kepada kepimpinan Dato Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden UMNO yang juga Presiden Barisan Nasional kerana PPP adalah salah sebuah parti komponen yang penting di dalam BN.


Tiada ulasan: