"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Calon bersih tidak mampu bendung masalah rasuah dalam BN / UBN Najib Altantuya

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 27 Sept: Tidak ada gunanya jika calon Barisan Nasional di Bagan Pinang bebas politik wang tetapi kepimpinan negara masih tidak bersih dari gejala rasuah dan salah guna kuasa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata gesaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar Tan Sri Mohd Isa Samad tidak dicalonkan di Bagan Pinang hanya sia-sia memandangkan kepimpinan Umno sekarang ini sudah terlalu parah dengan gejala rasuah dan salah guna kuasa di samping perpecahan dalam parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) sendiri.

Isa, ketua Umno Bahagian Teluk Kemang ialah calon popular dalam kalangan akar umbi Umno di Negeri Sembilan dan mendapat sokongan meluas untuk bertanding di Bagan Pinang.

Isa dilihat menggunakan pilihan raya kecil Bagan Pinang untuk kembali ke persada politik, yang mungkin menyaksikannya merampas kembali jawatan menteri besar Negeri Sembilan dan mendapat sokongan ramai dalam Umno negeri itu untuk menduduki semula ke kerusi menteri besar.

Isa digantung dari Umno selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 selepas disabitkan bersalah rasuah politik ketika pemilihan kepimpinan Umno pada 2004.

Beliau pada mulanya digantung dua penggal iaitu enam tahun tetapi dikurangkan kepada tiga tahun selepas rayuan.

Isa dalam pemilihan itu mendapat undi tertinggi mengatasi dua calon lain bagi jawatan naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.Image

�Saya pun tidak faham apakah perjuangan Tun Mahathir ini hanya sekadar mahu lihat Umno itu dilihat bersih dari segi calon Bagan Pinang? Sedangkan kepimpinan negara tidak bersih, korup dari segi integritinya.Mereka cukup teruk dan telah memalukan negara di mata dunia,�katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata, sukar untuk Mahathir cuba menyelesaikan masalah rasuah dalam BN kerana ianya sudah bermula pada zaman beliau menjadi perdana menteri lagi.

"Saya melihat bahawa semua permasalahan termasuk masalah politik wang dan rasuah lanjutan daripada krisis politik wang yang berlaku pada zaman Tun Mahathir lagi.

"Jadi sebab itu beliau sekarang ini cuba menjadi hero kepada masalah yang timbul pada zaman beliau dulu,"ujarnya mengulas mengenai dakwaan Mahathir bahawa Pakatan Rakyat merupakan satu pakatan tidak rasmi dengan setiap parti mempunyai haluan berbeza selepas pilihanraya umum lepas, beliau berkata, Mahathir sebenarnya dilanda kegusaran dengan krisis yang melanda BN lantas cuba memperbesar setiap perkara yang berlaku dalam Pakatan Rakyat.

Mahathir mendakwa demikian ekoran tindakan exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr Hassan Ali yang mengkritik perjalanan inkuiri Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) terhadap dakwaan salah guna peruntukan Dun di kalangan Adun BN sebelum pilihanraya umum lepas.

"Saya lihat Tun Mahathir sangat susah hati dengan apa yang berlaku dalam BN lalu beliau dengan bantuan media cuba menimbulkan atau cuba perbesarkan isu-isu yang berlaku dalam Pakatan Rakyat sedangkan dalam Pakatan isu-isu yang berlaku bersifat sementara dan selepas daripada itu kita mampu untuk selesaikan,"katanya.

Ditanya adakah dakwaan Mahathir itu akan menjejaskan sokongan pengundi terhadap Pakatan Rakyat di Bagan Pinang, beliau berkata kemunculan Mahathir pada setiap kali berlakunya pilihanraya tidak sedikit pun memberi kesan kepada Pakatan Rakyat memandangkan BN sendiri mempunyai krisis dalaman yang sudah tidak mampu disembunyikan lagi.

"Krisis yang berlaku dalam BN berlarutan sampai sekarang. Sampai kepada peringkat penolakan besar-besaran terhadap Umno.Malah Umno sekarang ini sangat terhimpit dengan isu-isu di kalangan rakan-rakan dalam komponen yang cuba meletakkan Umno sebagai liabiliti terhadap pencapaian BN khususnya dalam PRU yang lalu,"ujarnya.

Beliau juga menyifatkan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai lemah sehingga terpaksa meminta bantuan Mahathir dalam membuat sebarang keputusan.

"Nampaknya BN terlalu lemah di bawah kepimpinan Najib. Najib tidak berkemampuan untuk menguruskan soal-soal isu politik dalaman mereka sebaliknya lebih kepada mengharapkan bantuan daripada Tun Mahathir,"katanya lagi.

Tiada ulasan: