"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Perbicaraan Kes Aminulrashid 12 Oktober - 11 November

Mahkamah Sesyen Jenayah Shah Alam hari ini menetapkan tarikh perbicaraan kes Koperal Jenain Subi yang didakwa menyebabkan kematian Aminurrashid Amzah bermula pada 12 Oktober sehingga 11 November ini.

Tarikh itu ditetapkan Hakim Latifah Mohd Tahar.

Seramai 15 saksi akan dipanggil bagi pihak pendakwaan.

Jenain didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Acara Jenayah.

Ketua Unit Pendakwaan Selangor,Ruslan Abu Bakar dan Timbalan Pendakwaraya Mohamad Mustaffa P Kunyalam bagi pihak pendakwaan.

Peguambela tertuduh diwakili oleh M Athimulan dan Salim Bashir.

Tertuduh yang bertugas di cawangan kereta peronda polis (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini antara pukul 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April lalu.

Aminurrashid ditembak pada awal pagi pada 26 April di Sekyen 7 Shah Alam oleh sepasukan polis yang cuba menahannya dan kes ini menggemparkan negara serta mendapat desakan daripada Pakatan Rakyat agar diadakan Siasatan Bebas Diraja.

Tiada ulasan: