"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mahyudin dah nak gila agaknya........

notan
Assalamualaikum,,..
Perhatilkan kata kata TGHH kepada respon soalan pemberita berkaitan saranan Tony Pua"

"
Menurut beliau realiti pada masa ini ialah golongan Bumiputera majoritinya masih miskin dan mereka sememangnya berhak mendapat hak dan keistimewaan yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"(Beri) kepada siapa yang berhak, majoritinya adalah Bumiputera yang miskin, yang bukan Bumiputera tidak seramai Bumiputera,"

Abdul Hadi berkata bahawa kaum lain yang miskin juga wajib mendapat pembelaan sewajarnya daripada kerajaan.

Katanya tindakan Tony itu belum dibincangkan di peringkat kepimpinan parti pakatan pembangkang yang dianggotai PAS, DAP dan PKR.

Beliau turut menganggap kenyataan Tony lebih bersifat peribadi.

Apakah maksudnya TGHH menyatakan sesuatu yang bertentangan dengan pendirian PR? Dan apakah ada komplikasi diantara parti parti dalam PR terutama PAS dan DAP?kepada yang suka mencari percanggahan sudah tentu melihat kenyataan TGHH sebagai satu komplikasi yang ada dalam PR seperti Mahyudin dan lain lain tetapi aku tidak fikir begitu.

DSAI pernah berkata "YANG SUSAH AKAN DIBANTU TANPA MENGIRA KAUM" yang ditafsir oleh setengah orang sebagai satu dasar liberal dan mengabaikan bumiputra.Tetapi apa sebenarnya dasar ini membelakangi melayu.

Halusi kenyataan TGHH, di mana TGHH berkata pada masa ini golongan bumiputra majoritinya masih miskin, maka kalau dasar kerajaan mahu membantu orang miskin sudah tentu bumiputra yang akan menerima bantuan terlebih dahulu sementara TGHH tidak menolak hak untuk mendapat bantuan bagi kaum kaum lain yang miskin.Jadi di mana komplikasi dalam agihan bantuan yang diberi?Hakikat ini sedang berlaku di Penang dan Selangor(tetapi tidak dilapurkan oleh bernama dan mana mana media perdana)

Sebenarnya apa yang sedang berlaku di Selangor dan Penang serta Kedah pernah berlaku di Kelantan lebih 15 tahun dulu.Akhbar dan Tv melapurkan kelemahan kerajaan Kelantan mentadbir Kelantan tetapi rakyat Kelantan merasakan suatu kelegaan yang tidak pernah di rasai di bawah UMNO dan sehingga kini, percubaan mengambil balik Kelantan masih gagal walaupun pada tahun 2004 UMNO cuma kekurangan 1 kerusi dan tiga undi untuk merampas kembali Kelantan.Kini suasana itu sedang dirasai oleh rakyat Penang, Selangor dan Kedah.

Tetapi seperti biasa hakikat ini tidak akan diakui oleh UMNO dan kuncu kuncu mereka.kerana itu mereka akan memanupulasi apa jua yang ada termasuk memutar belit kenyataan pemimpin tertinggi PR seperti kenyataan TGHH ini.

Sebenarnya Mahyudin dan UMNO tahu maksud sebenar kata kata TGHH yang rengkas dan padat itu tetapi masih mahu memutarkannya untuk menunjukkan adanya komplikasi di dalam PR terutama antara PAS dan DAP.Dan seperti biasa mereka akan mengabaikan kata kata akhir TGHH yang mengatakan bahawa kenyataan Tony Pua itu hanyalah pendapat peribadinya yang masih belum dibincangkan diperingkat kepimpinan tertinggi PR.Kenyataan ini sepatutnya melambangkan keterbukaan yang ada dalam PR tetapi kerana ianya datang dari seorang pemimpin DAP maka ianya dilihat sebagai petanda PR dikuasai oleh DAP.Orang orang melayu yang ada dalam PR dilihat sebagai pak turut sahaja.Mereka juga enggan mengakui hakikat yang sedang berlaku di mana semakin ramai ahli DAP sudah berminat untuk mendalami Islam.Inilah lagu UMNO yang dinyanyikan oleh pencacai mereka di sana sini.

Sama ada pak turut atau tidak, yang pasti satu perkara ia itu UMNO mesti ditolak.Melayu atau bumiputra akan dibantu mengikut keperluan, bukannya membantu ala UMNO sekarang dan Islam akan dijaga bukan sebagaimana UMNO menjaga Islam sekarang.

selanjutnya

Tiada ulasan: