"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ditahan kerana 'jual kesedihan' anak yatim di media sosial

Agensi
RUMAH anak yatim di Medan yang didirikan tanpa kelulusan pihak berkuasa dan mengeksploitasi kanak-kanak untuk mengutip derma di TikTok.
RUMAH anak yatim di Medan yang didirikan tanpa kelulusan pihak berkuasa dan mengeksploitasi kanak-kanak untuk mengutip derma di TikTok.
Jakarta: Sebuah pusat kebajikan anak yatim di Medan, Sumatera Utara didakwa mengeksploitasikan kanak-kanak untuk mengutip derma di media sosial.

Panti Asuhan Yayasan Tunas Kasih Olayama Raya didakwa menggunakan anak yatim untuk meraih simpati warganet di TikTok supaya menderma, terutama ketika penstriman langsung.

Malah pengasasnya didakwa berjaya mengumpul dana sehingga 50 juta rupiah (RM15,172.74) sebulan hasil derma orang ramai dan turut menggunakannya untuk membeli tanah.

Susulan perbuatan tidak bertanggungjawab itu, TikTok dilapor mengambil tindakan menyekat akaun pusat kebajikan berkenaan, semalam.

"Akaun berkenaan telah kami tutup (sekat)," kata jurucakap TikTok dalam keterangan bertulis kepada Kompas.

Menurutnya, aplikasi itu tidak membenarkan sebarang kandungan yang mengeksploitasikan orang dan melanggar syarat ditetapkan.

"Kami akan memadam kandungan yang melanggar syarat, mengehadkan akses 'live' bagi akaun yang melanggar syarat dan memadam secara tetap akaun yang berulang kali melanggar syarat TikTok," kata jurucakap itu.

Sebelum ini, media melaporkan kegiatan pusat kebajikan itu terbongkar apabila pengelolanya, Zamaneuili membuat penstriman langsung yang dikecam warganet.

Ketika itu dia dilihat memberi seorang bayi berusia empat bulan makan bubur, meskipun bayi itu menangis. Bertindak atas laporan, polis kemudian menahan Zamaneuili untuk siasatan.

Lelaki itu mengaku mendirikan rumah kebajikan itu tanpa kebenaran dan didakwa mengeksploitasi kanak-kanak di bawah Perkara 88 dan dibaca bersama Perkara 76i Undang-undang Perlindungan Kanak-kanak Indonesia yang membawa hukuman penjara 20 tahun.

Polis berkata, Zamaneuli menjual kesedihan anak yatim untuk kepentingan peribadi di media sosial.

Terdapat 26 anak yatim di rumah kebajikan itu dan lelaki berkenaan didakwa menguat 20 juta rupiah hingga 50 juta rupiah sebulan hasil derma orang ramai.

Dia juga didakwa mengguna dana dikutip di TikTok untuk membeli tanah.

Tiada ulasan: