"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

“Dua kerusi di negeri Hadi Awang diisytihar kosong, takkan ulamak main rasuah?”

HarapanDaily.com

SITI NUR ZAWANI 

Ketua AMANAH Padang Besar, Mohamad Yahya menempelak peguam kepada Che Alias Hamid selepas mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak takut dengan pilihan raya dan “kalau boleh nak lawan esok”.

Beliau berkata, persoalan sekarang bukan berkait tentang takut atau tidak, tetapi ia membabitkan isu rasuah yang menyebabkan kerusi Parlimen Kemaman terpaksa dikosongkan.

Beliau mengkritik parti Islam itu yang dilihat seperti ‘bertoleransi’ dengan isu rasuah selepas dua kerusi dimenangi parti itu kini dibatalkan kemenangannya oleh mahkamah.

“Persoalan sekarang kerusi Kemaman itu kosong sebabnya rasuah. Itu asasnya. Parti yang menang pula adalah Pas. Pas yang mengaku perjuangkan Islam, tiba-tiba mahkamah jatuh hukum bersalah sebab rasuah. Islam tahi minyak apa?

“Rasuah itu, dalam Quran (dah) sebut haram. Hadis Nabi kata haram. Kitab-kitab karangan ulama di semua zaman kata haram. Macam mana tiba-tiba Pas yang kononnya berjuang Islam, (tapi) masa kempen undi boleh bagi rasuah? Itu yang pelik.

“Bukan sekali tapi lepas Pilihan Raya Umum lalu, ini sudah kali kedua. Kerusi yang dimenangi Pas diisytiharkan kosong sebab rasuah. Sebelum ini kerusi Kuala Terengganu. Kedua-duanya di negeri Encik Hadi (presiden Pas) yang kononnya ulama. Ulama takkan main rasuah juga kot?,” soalnya.
Yahya yang juga bekas calon Pakatan Harapan (PH) di Padang Besar berkata, daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen yang ditandingkan, hanya kerusi Pas sahaja yang dibawa ke mahkamah atas dakwaan rasuah – di mana menurutnya situasi itu tidak seharusnya berlaku.

“Dalam Malaysia ni, ada 222 kerusi. Daripada 222 tu, ada macam-macam jenis bangsa dan agama. Ada yang majoriti Melayu, ada yang Cina, ada Kadazan, Iban, Dayak dan macam-macam lagi. Agama pun macam-macam.

“Tapi  kerusi lain elok je tak kena bawa ke mahkamah pun, tak ada pun kes rasuah. Tapi yang parti Islam pula tiba-tiba kena. Ini sudah terbalik kuang,” katanya.

Semalam, Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu membatalkan kemenangan Che Alias Hamid di kerusi kemaman yang mewakili Perikatan Nasional (PN) pada PRU-15 yang lalu.

Keputusan itu dibuat Hakim, Datuk Anselm Charles Fernandis selepas mendapati wujud unsur sogokan kepada pengundi ketika tempoh berkempen pada PRU lalu.

Dalam PRU15, Che Alias memenangi kerusi Parlimen Kemaman selepas memperoleh sebanyak 65,714 undi menewaskan Datuk Seri Ahmad Said yang mendapat undi sebanyak 38,535 dengan majoriti 27,179 undi.

Dua lagi calon yang bertanding di Parlimen itu, Rosli Ab. Ghani (Pejuang) dan Hasuni Sudin (Pakatan Harapan) masing- masing mendapat undi sebanyak 506 dan 8,340 undi

Sementara itu Yahya menyifatkan tindakan MP Pas yang terbukti rasuah itu sudah menyusahkan rakyat kerana kos untuk mengadakan satu lagi Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen menelan belanja antara RM3 juta hingga RM5 juta.

“Itu duit rakyat. Dah la salah rasuah, lepas itu perabis duit rakyat lagi. Menyusahkan rakyat betul lah parti hawau sekor ni,” selarnya.

Tiada ulasan: