"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Nampak kelibat aligator heret mayat manusia’

Pihak berkuasa menangkap aligator yang mengheret badan manusia di Largo berhampiran Tampa, Florida, Amerika Syarikat. – FOTO: Spectrum News
TALLAHASSEE: Seekor aligator sepanjang 4.27 meter (m), dilihat mengheret mayat manusia dengan menggunakan mulutnya dalam kejadian di Largo, berhampiran Tampa di Florida, Amerika Syarikat, kira-kira jam 2 petang, Jumaat lalu.

Seorang penduduk, JaMarcus Bullard berkata, dia sedang mencari ikan di tasik berkenaan sementara menunggu temu duga kerja apabila dia ternampak kelibat haiwan itu mengheret badan manusia.

“Saya nampak macam ada badan manusia di dalam mulut (aligator itu).

“Jadi saya terus memanggil bomba,” katanya kepada WTVT.

Katanya, dia bimbang sekiranya mayat itu adalah kanak-kanak berikutan kawasan itu berhampiran dengan sebuah sekolah.

Susulan itu, kawasan terbabit ditutup sementara bagi memberi laluan polis dan bomba menjalankan tugas mereka.

Anggota bomba terpaksa berusaha bertungkus lumus supaya haiwan itu keluar dari air.

Seorang penduduk yang tinggal berhampiran, Jennifer Dean berkata, orang ramai keluar dari rumah mereka apabila mereka mendengar bunyi tembakan.

Sementara itu, Pejabat Syerif Daerah Pinellas mengesahkan, haiwan itu dibunuh dengan cara yang betul.

“Mayat itu adalah jasad individu dewasa dan bedah siasat akan dijalankan dalam masa terdekat untuk mengenal pasti identitinya,” kata polis. – AGENSI

Tiada ulasan: