FMT Reporters
PETALING JAYA: Seorang sami warga asing yang diburu kerana disyaki merogol wanita tempatan, berjaya ditahan polis Sabtu lalu.
Pemangku Ketua Polis Serdang, Izuddin Ab Wahab, berkata, suspek berusia 40-an ditahan di Puchong Jaya.
“Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 30 September ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
“Setakat ini hanya seorang mangsa yang membuat laporan polis berhubung kejadian,” katanya dalam kenyataan, menurut Harian Metro.
Terdahulu, polis memburu suspek terbabit kerana dipercayai merogol wanita terbabit di Puchong, Ogos lalu.
Wanita berumur 30an itu membuat laporan selepas mendakwa menjadi mangsa suspek dalam kenderaan miliknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan