"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Doa pun kena isi borang google, umat Islam risau penunggang agama makin melampau Doa pun kena isi borang google, umat Islam risau penunggang agama makin melampau HARAPAN DAILY HARAPAN DAILYSeptember 27, 2023 7:12 pm Gejala memperalat agama oleh pemimpin Pas dilihat semakin melampau apabila nak berdoa pun kena isi borang google. Tindakan bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Ahmad Dusuki Abdul Rani mengadakan program kiriman doa menarik perhatian orang ramai. Rata-rata bimbang dengan penunggang agama yang seolah-olah masih dibiarkan bermaharajalela di negara ini. Dusuki dalam satu kenyataan memberitahu program kiriman doa dan bacaan tahlil bertujuan untuk menghargai para penaja Yayasan An Nabawi. Ahmad Dusuki Abdul Rani “Ianya bukan program berbayar,” dipetik iklan daripada Dusuki disusuli pautan borang google yang ditutup pada jam 3 petang tadi. Menerusi pautan yang diberi Dusuki itu, bacaan tahlil akan diadakan di setiap cawangan Maahad Tahfiz An Nabawi pada hari Isnin atau Khamis. “Senarai nama untuk bacaan doa akan diberikan secara rawak kepada setiap cawangan,” menurut perincian program tersebut. Sehubungan itu, warganet berharap kerajaan segera melakukan tindakan tegas dalam menangani perangai penunggang agama. “Pelik agama Islam Pas ni. “Keberkatan berbayar. Cara mudah nak buat duit atas angin. Menipu atas nama agama. “Siap beritahu program tak berbayar. Barangkali program lain-lain semua kutip dana. “Macam manalah PNunggang agama ni. Rosak ummah. Buatlah sesuatu pada puak-puak PNunggang ni!” demikian kecaman orang ramai.

HARAPAN DAILY
Doa pun kena isi borang google, umat Islam risau penunggang agama makin melampau
Gejala memperalat agama oleh pemimpin Pas dilihat semakin melampau apabila nak berdoa pun kena isi borang google.

Tindakan bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Ahmad Dusuki Abdul Rani mengadakan program kiriman doa menarik perhatian orang ramai.

Rata-rata bimbang dengan penunggang agama yang seolah-olah masih dibiarkan bermaharajalela di negara ini.

Dusuki dalam satu kenyataan memberitahu program kiriman doa dan bacaan tahlil bertujuan untuk menghargai para penaja Yayasan An Nabawi.

“Ianya bukan program berbayar,” dipetik iklan daripada Dusuki disusuli pautan borang google yang ditutup pada jam 3 petang tadi.

Menerusi pautan yang diberi Dusuki itu, bacaan tahlil akan diadakan di setiap cawangan Maahad Tahfiz An Nabawi pada hari Isnin atau Khamis.

“Senarai nama untuk bacaan doa akan diberikan secara rawak kepada setiap cawangan,” menurut perincian program tersebut.

Sehubungan itu, warganet berharap kerajaan segera melakukan tindakan tegas dalam menangani perangai penunggang agama.

“Pelik agama Islam Pas ni.

“Keberkatan berbayar. Cara mudah nak buat duit atas angin. Menipu atas nama agama.

“Siap beritahu program tak berbayar. Barangkali program lain-lain semua kutip dana.

“Macam manalah PNunggang agama ni. Rosak ummah. Buatlah sesuatu pada puak-puak PNunggang ni!” demikian kecaman orang ramai.

Tiada ulasan: