"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Apalah yang sakit hati sangat dengan Anwar?’, sindiran PU Syed dan Dusuki melampau

HarapanDaily.com
‘Apalah yang sakit hati sangat dengan Anwar?’, sindiran PU Syed dan Dusuki melampau
Sindiran pendakwah PU Syed dan bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Ahmad Dusuki Abdul Rani terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sudah melampau.

Rata-rata warganet mengecam perbuatan kedua-dua ‘ustaz Pas’ itu, malah ada tertanya-tanya apa yang menyebabkan mereka sakit hati benar dengan Perdana Menteri.

Terdahulu, tular tangkap layar sembang PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak bersama Dusuki.

“Dia tauliah khas US (Amerika Syarikat),” kata Syed diikuti emoji ketawa.

“Dua kali masuk penjara sebab rasuah dan liwat dapat tauliah… hahaha,” tulis Dusuki sebagai reaksi terhadap komentar PU Syed.

Tiada ulasan: