"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Roti ‘mahaldahni’ pula modal terbaru serangan walaun

HarapanDaily.com

Penyokong tegar Pas yang umum dipanggil ‘walaun’ dilihat menjadikan isu harga roti naik pula sebagai modal untuk menyerang Kerajaan Perpaduan.

Pengumuman Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd berkenaan kadar baharu harga roti keluaran syarikatnya mulai 1 Oktober depan diambil kesempatan pihak walaun termasuk menyindir ‘mahaldahni’.

Terdahulu, tular di media sosial notis senarai perubahan harga 30 produk Gardenia berkenaan dengan kenaikan harga antara 10 sen hingga 50 sen.

“Nak beli roti pun tak boleh ‘mahaldahni’.

“Minyak masak, gula, telur, beras tak selesai lagi, roti pulak buat hal!

“Kerajaan telah membuktikan yang mereka gagal kawal harga barang. Tahniah! Ulammm pi ulammm mai naik harga,” kata penyokong tegar pembangkang.

Walau bagaimanapun, semakan ke atas 30 produk Gardenia itu tidak melibatkan roti putih sebaliknya hanya roti berkrim pelbagai jenis perisa dan mi.

Kenaikan roti keluaran Gardenia bukan berlaku pada era Kerajaan Perpaduan sahaja.

Pada 1 Disember 2021, Gardenia telah menaikkan harga Original Classic 400g sebanyak 30 sen manakala Original Classic Jumbo 600g dinaikkan kepada 45 sen.

Tiada ulasan: