"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Satu maut van yang dinaiki pelancong terjunam ke dalam cerun enam meter

Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my
ANGGOTA bomba berjaya mengeluarkan seorang mangsa dari dalam van yang terbabass ke dalam cerun bukit di Bukit Genting, Balik Pulau, malam ini.  FOTO Mikail Ong
ANGGOTA bomba berjaya mengeluarkan seorang mangsa dari dalam van yang terbabass ke dalam cerun bukit di Bukit Genting, Balik Pulau, malam ini. FOTO Mikail Ong
Balik Pulau: Wanita disahkan maut manakala 10 lagi termasuk pemandu selamat, selepas van yang dinaiki terbabas lalu terjunam ke dalam cerun, di Jalan Teluk Kumbar, Bukit Genting, di sini, hari ini.

Seramai tujuh daripada mereka dihantar ke Hospital Balik Pulau manakala tiga lagi ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Balik Pulau N Prenabaran berkata, mangsa terdiri daripada tujuh wanita dan tiga lelaki warga Singapura serta seorang lagi pemandu van yang juga lelaki warga tempatan.

Katanya, terdahulu dalam kejadian itu, pasukan penyelamat terpaksa mendaki kira-kira 15 minit ke lokasi berikutan permukaan yang berbukit.

"Menerusi panggilan awal, kami menerima maklumat berlaku kemalangan namun sebaik tiba di lokasi, terdapat van yang mempunyai penumpang di dalamnya terjunam ke dalam cerun.

"Berikutan kawasan berbukit, pasukan penyelamat terpaksa mendaki dengan membawa pengusung ke lokasi," katanya di sini, hari ini.

Prenabaran berkata, tiga mangsa diselamatkan orang awam sebelum pasukan penyelamat tiba.

Katanya, pasukan penyelamat kemudian turun ke curam sedalam enam meter itu bagi mengeluarkan mangsa.

"Kita berdepan kesukaran berikutan keadaan agak gelap bagi menyelamatkan mangsa.

"Mangsa terakhir diselamatkan adalah seorang wanita yang tersepit di bahagian hadapan dan pasukan penyelamat menggunakan peralatan khas bagi memotong papan pemuka untuk mengeluarkan mangsa.

"Dipercayai, keadaan cuaca hujan dan permukaan licin menyebabkan van berkenaan terbabas ke cerun itu," katanya.

Difahamkan, van yang dipandu lelaki warga tempatan itu dalam perjalanan membawa kesemua pelancong berkenaan ke hotel sebaik selesai makan malam di sebuah restoran di atas bukit berkenaan.

Tiada ulasan: