"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Wanita terjun Sungai Kelantan tertekan masalah rumah tangga, bebanan hutang

HarapanDaily.com
Wanita terjun Sungai Kelantan tertekan masalah rumah tangga, bebanan hutang
Penduduk Kelantan gempar pagi tadi apabila seorang wanita bertindak terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra.

Berusia lingkungan 30-an, wanita itu berjaya diselamatkan orang ramai dan beberapa pemandu bot yang kebetulan berada di tebing Sungai Kelantan di Kampung Pasir Pekan.

Wanita itu memberitahu dia tertekan dengan masalah rumah tangga dan bebanan hutang yang ditanggung ahli keluarganya.

Perkara tersebut dimaklumkan pemilik jeti, Muhamad Juhari Nayan, 52. Ketika kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, beliau kebetulan berada di jeti dan sedang berbual bersama beberapa rakan.

Juhari berkata, beliau bergegas menghidupkan enjin bot dan menghala ke lokasi wanita itu lemas, iaitu pada kira-kira 100 meter dari jeti sejurus menerima panggilan telefon daripada seorang rakan memberitahu ada seorang wanita sedang lemas selepas terjun dari jambatan.

“Saya kemudian bergegas menghidupkan enjin bot dan menghala ke lokasi wanita itu lemas, iaitu pada kira-kira 100 meter dari jeti.

“Sebaik menghampirinya, rakan melemparkan pelampung ke arah mangsa yang kelihatan tenggelam timbul dalam sungai.

“Sebaik berjaya mencapainya, wanita itu dibawa naik ke dalam bot seterusnya pulang ke jeti,” dipetik BH.

Juhari berkata, wanita itu memberitahu dia datang dari Kota Bharu dengan memandu kereta sebelum meletakkannya di atas jambatan dan terus terjun ke sungai.

“Keadaannya memang nampak tertekan dan kami cuba menenangkannya sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” tambah Juhari lagi.

Tiada ulasan: